MAKLUMAT KORPORAT NUTP



Sejarah NUTP

Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, NUTP telah ditubuhkan dna didaftarkan secara rasmi sebagai kesatuan sekerja. Penubuhan NUTP adlah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama NUTP ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman dan Saudara Aloysius Mathews pula merupakan Setiausaha Agung pertama.


Keunikan NUTP

Keahlian NUTP terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia. Keahlian NUTP sehingga Mac 2017 adlah seramai 185,648 orang ahli. NUTP mempunyai 12 cawangan setiap negeri yang dilengkapi dengan pejabat dan staf yang cekap dan berkebolehan. NUTP merupakan kesatuan kebangsaaan dan cawangan-cawangan NUTP membantu mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. Kaedah ini membolehkan NUTP bergerak secara berkesan dan aktif.

NUTP sebagai sebuah kesatuan pembela kaum guru dan pembela profesion perguruan, sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru, perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan profesion keguruan.

NUTP juga berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum gueu memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara, NUTP juga berusaha untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme guru.

NUTP sentiasa komited dan bertanggungjawab terhadap skim gaji, perkhidmatan laluan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-perkara berkaitan dengan Profesion Keguruan.